Buah Tembikai Boleh Memantapkan & Menguatkan Zakar? Ini jawapannya…

Satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Texas A&M University, College Station, mendapati bahawa amino asid (citrulline) di dalam buah tembikai boleh membantu lelaki yang mempunyai masalah ereksi yang lemah.

Ia membantu salur darah berfungsi dengan lebih baik.

Citrulline yang ada di dalam tembikai akan ditukar menjadi arginine apabila di makan. Arginine pula berfungsi meningkatkan penghasilan secara semula jadi Nitric Oxide (NO) yang sangat penting untuk meningkatkan aliran darah ke tisu otot di mana ia sangat membantu fungsi seksual lelaki.

Bagi anda yang mengalami masalah tekanan darah tinggi yang menjadi punca masalah ereksi zakar anda, mengamalkan pengambilan buah tembikai boleh membantu meningkatkan kesihatan.

Nak hebat? Makanlah buah-buahan tempatan seperti tembikai.

Tembikai (nama botani: Citrullus lunatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.

Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.

Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil ‘beri palsu’. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).

Tembikai membekalkan banyak phytonutrient kepada tubuh manusia.

Ia membekalkan Vitamin A, B6 dan C serta lycopine, citrulline, dan asid amino.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *